POLIS RAMPAS 547 KAIN PASANG SELUDUP BERNILAI RM164,100

Pada 16 November 2024, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan pakaian di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor, Kelantan, dengan menahan sebuah kenderaan yang membawa 547 helaian kain pasang bermanik yang diseludup dari Thailand.

Suspek melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, meninggalkan kenderaan yang mengandungi barang rampasan bernilai RM164,100.00.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Pasukan Gerakan Am akan terus meningkatkan usaha untuk membanteras penyeludupan di sempadan negara.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

ADA HAIWAN BERBISA DI RUMAH? JANGAN PANIK!

Haiwan berbisa seperti ular boleh muncul tanpa diduga. Yang penting, jangan bertindak melulu atau cuba menangkapnya sendiri. Pastikan rumah dan …

JANGAN JADI MATA DAN TELINGA PENJENAYAH

Dalam dunia digital yang semakin terbuka, setiap perkongsian perlu dibuat dengan penuh pertimbangan dan tanggungjawab. Tanpa kita sedari, perkongsian yang …