Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024.
Dengan tema “MADANI di hati, rakyat disantuni”, program ini memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat secara langsung dalam usaha reformasi kerajaan, di samping menjadi platform untuk menterjemah manfaat hasil daripada inisiatif yang dirangka Kerajaan MADANI.
Pelbagai aktiviti lain akan diadakan sepanjang program ini berlangsung bermula 22-24 November 2024 ini termasuk,
- Jualan MADANI
- Pameran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
- Karnival Kerjaya
- Showcase Kementerian
- Pengurangan Saman Trafik
- Pertukaran Topi Keledar
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan dan mengambil bahagian dalam 2TM serta memberi maklum balas terus kepada jentera kerajaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan secara berterusan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
#2TM
#MalaysiaMADANI
#MADANIdihatirakyatdisantuni
#TaatSetia