KORIDOR UTILITI MELAKA SELARAS SISTEM UTILITI, INFRASTRUKTUR NEGERI

Seri Negeri – Penubuhan Koridor Utiliti Melaka (KUM) dijangka dapat melancarkan proses melibatkan Pelan Pemetaan Pengesanan Bawah Tanah (UDM), kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu Ketua Menteri berkata, penubuhan KUM juga adalah seiring dengan hala tuju untuk memacu ekonomi Negeri Melaka agar menjadi lebih baik.

Ketua Menteri berkata penubuhan KUM bertujuan melaksanakan sebahagian fungsi Bahagian Koridor Infrastruktur dan Impak Sosial (BKI) sedia ada sebagai ‘first entry point’ bagi permohonan UDM.

“Dengan penubuhan KUM ini yang dijangka bermula pada 1 Januari 2025, ia dapat melancarkan lagi kerja-kerja melibatkan UDM dan tiga skop baharu KUM. Tiga skop itu adalah kerja-kerja rangkaian fiber optik akses terbuka (Open Access), gentian optik bersepadu dan guna sama (Overhead Pole) serta terowong utiliti bersepadu atau Dedicated Utilities Road Crossing (DURC).

“Besar harapan saya agar syarikat Koridor Utiliti Melaka Sdn Bhd dapat melaksanakan perkhidmatan berkualiti. Ia bagi memastikan pembangunan koridor infrastruktur utiliti lebih terancang dan mematuhi syarat yang termaktub dalam perjanjian ditandatangani,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Penubuhan Koridor Utiliti Melaka Antara Kerajaan Negeri dan Koridor Utiliti Melaka Sdn Bhd di Bilik Tun Mutahir Seri Negeri.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato’ Azhar Arshad bagi pihak Kerajaan Negeri manakala KUM Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismael Hamdan.

Hadir sama Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh serta Penasihat Undang-Undang Negeri, Khairul Azreem Mamat.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Md Azhan Samat; Setiausaha Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Wan Rafidah Awg Isa.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata Kerajaan Negeri bersetuju empat konsesi mendapat tawaran dan menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Negeri akan terus terpelihara yang mana semua konsesi itu akan diletakkan di bawah KUM.

“Menerusi cadangan itu tempoh perjanjian yang dipersetujui adalah selama 10 tahun dan tambahan lagi lima tahun berdasarkan pertimbangan.

“Saya percaya usaha ini akan memberi impak positif kepada pembangunan Kerajaan Negeri, sekali gus dapat menyelaras sistem utiliti dan infrastruktur lebih tersusun dan bersistematik,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …