PGA RAMPAS 280 ORKID SELUDUP BERNILAI RM980,000 DARI THAILAND

Pada 10 November 2024, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan di Jalan Kasban, Kg Simpangan, Kelantan dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan.

Sebuah kereta Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki ditahan pada sekitar jam 6.30 petang dan pemeriksaan mendapati lebih 280 tanaman hiasan jenis orkid yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM 980,000.00.

Suspek, lelaki berusia 57 tahun, dipercayai penghantar orkid tersebut ke pasaran tempatan.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut