ZON BEBAS CUKAI PENGKALAN KUBOR MASIH ‘HIDUP’

Berbeza dengan Pekan Rantau Panjang yang mengalami penurunan ketara dalam jumlah pengunjung, Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor dilihat masih menarik ramai pelancong terutamanya pada hujung minggu.

Walaupun terdapat penurunan dalam sambutan berbanding beberapa tahun lalu disebabkan oleh peningkatan pembelian dalam talian, peniaga di Pengkalan Kubor masih merasakan mendapat sambutan positif.

Hal ini disebabkan oleh harga yang lebih murah dan adanya tarikan pelancongan di sekitar kawasan tersebut seperti pasar terapung di Pulau Suri dan Laman Warisan di Kampung Laut.

Walaupun pendapatan peniaga diakui terjejas sekitar 20%, namun kawasan tersebut masih “hidup” dengan kehadiran lebih 150 peniaga yang terus menjalankan perniagaan.

Rantau Panjang pula sebaliknya dengan mengalami kekurangan pengunjung dan menjadi lebih sepi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …