MAJLIS APRESIASI PROGRAM DOKUMENTARI JEJAK WARISAN PELARIAN VIETNAM DI PULAU BIDONG

Majlis apresiasi anjuran MKN Negeri Terengganu telah diadakan pada 11 November 2024 bertempat di Hotel Primula Kuala Terengganu. Majlis ini dihadiri oleh YB  Datuk Razali Idris (EXCO Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terenggau) yang mewakili Menteri Besar Terengganu, YM  Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin (Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara), YB Dato’ Nara Setia (SUK Terengganu), YBhg Pn. Wan Suhaini Wan Mohamad (Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Terengganu) bersama dengan jabatan/agensi yang turut membantu menjayakan siri dokumentari ini.

Majlis ini diadakan sebagai satu tanda menghargai jasa dan pengorbanan veteran yang pernah bertugas di Pulau Bidong dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Dokumentari Jejak Warisan Pelarian Vietnam di Pulau Bidong yang berkaitan kedatangan pelarian dan pengurusan pelarian di Pulau Bidong, Terengganu oleh Pasukan Petugas Vietnam Illegal Immigrants (VII) Persekutuan yang diterajui oleh Majlis Keselamatan Negara.

 

Dokumentari ini telah dilaksanakan mulai 30 Mei 2024 – 27 Jun 2024 melibatkan temubual Mantan Pengarah Pasukan VII, Raden Cr. Haji Masbah bin Dato’ Mohd Taha, Pengarah Muzium Negeri Terengganu dan Pasukan Veteran 104 ATM. Dokumentari ini berkisarkan pengurusan pelarian Vietnam yang dikendalikan oleh Pasukan VII, MKN. Pada hari ini bersempena majlis apresiasi diadakan adalah untuk memaklumkan kejayaan dokumentari ini.

Dengan penganjuran majlis ini diharapkan ia dapat memberi beberapa impak positif kepada hadirin dari segi aspek pengiktirafan dan moral positif dimana pengiktirafan ini dapat meningkatkan semangat dan moral dalam kalangan veteran tentera dan petugas yang terlibat. Mereka akan merasa dihargai atas pengorbanan dan sumbangan mereka dalam satu episod sejarah penting negara. Selain itu, ia dapat memperkukuhkan hubungan silaturahim antara bekas petugas yang pernah berkhidmat di Pulau Bidong, termasuk para veteran, petugas keselamatan, dan kakitangan bantuan kemanusiaan.

Diharapkan program dokumentari ini dapat memberikan pendedahan kepada generasi muda tentang kepentingan peranan veteran dan petugas, sambil mewariskan nilai-nilai berharga seperti pengorbanan, ketabahan, dan semangat kemanusiaan. Ia juga dapat memberi kesan dalam meningkatkan penghargaan umum terhadap warisan sejarah di Pulau Bidong sebagai sebahagian daripada tapak bersejarah negara, sekaligus menonjolkan peranan Malaysia dalam sejarah pelarian Vietnam di rantau ini.

 

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

HEBAT: RAKYAT MELAKA PUAS DAPAT BERTEMU PEMIMPIN LUAH MASALAH

Seri Negeri – Rakyat Melaka meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberikan peluang bertemu pemimpin secara langsung pada Hari Ahli …

OPERASI LORONG KOSONG (Ops LOKOS) MBMB

Melaka Tengah – Operasi Lorong Kosong (Ops LOKOS) MBMB Bil. 21 Tahun 2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB …

SARAPAN BUKAN SEKADAR MAKAN – IA PELINDUNG KESIHATAN ANDA

Sarapan Bukan Sekadar Makan – Ia Pelindung Kesihatan Anda! Ramai yang abaikan sarapan sebab sibuk. Tapi sarapan penting untuk: 🔋 …