SSPA: 70 PERATUS PENJAWAT AWAM N. SEMBILAN TELAH BERI MAKLUM BALAS

Kira-kira 70 peratus daripada lebih 400 penjawat awam di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan telah memberi maklum balas terhadap Skim Saraan Penjawat Awam (SSPA). Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim, pihaknya percaya baki kakitangan yang lain akan berbuat demikian sebelum tarikh akhir pada akhir bulan ini.

Kakitangan di semua peringkat pentadbiran kerajaan negeri telah menerima maklumat yang tepat mengenai skim berkenaan melalui sesi libat urus yang dianjurkan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pihaknya juga masih di peringkat penawaran dan pemilihan opsyen untuk skim berkenaan. Sehingga kini, beliau tidak menerima sebarang bantahan atau keinginan untuk tidak mahu menyertai SSPA.

Secara umumnya semua penjawat awam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memberi maklum balas positif terhadap perlaksanaan SSPA. Negeri Sembilan mempunyai lebih 6,000 penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi serta lebih 400 orang di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pihaknya juga berharap dapat menyelesaikan urusan skim tersebut lebih awal dari tarikh akhir iaitu pada 30 November ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERKUKUH SINERGI PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN KAWASAN PERAIRAN MELAKA

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, mengetuai lawatan kerja bersama agensi strategik ke Rumah …

Barah Judi Atas Talian di Kalangan Belia Membimbangkan: Impak dan Langkah Menangani

Isu perjudian dalam talian (judi online) di Malaysia kini semakin membarah dan menjadi barah sosial dalam kalangan belia. Berdasarkan kenyataan …

Kenderaan Rosak Tersadai Di Parkir Awam dan Tepi Jalan: Impak dan Langkah Menangani

Fenomena kenderaan rosak, buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak parkir awam, PPR dan bahu jalan semakin kritikal.Di seluruh negara, …