Pada 4 Oktober 2024, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan kasut dan beg tangan pelbagai jenama di Jalan Ismail Petra, Tanah Merah, Kelantan.
Tangkapan dilakukan sekitar jam 1.30 petang setelah sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan ditahan semasa Op Taring Wawasan Kelantan.
Pemeriksaan mendapati lori tersebut membawa 9,369 pasang kasut jenama seperti Nike, Adidas, dan Timberland serta 1,866 unit beg tangan jenama LV, Chanel, dan Coach yang disyaki diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.
Seorang lelaki berumur 27 tahun ditahan sebagai penghantar.
Anggaran nilai rampasan adalah RM 3.18 juta.
Kes disiasat di bawah Akta Cap Dagang 2019 dan suspek serta barang rampasan dibawa ke Komtak Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi