KALKULATOR UNTUK PENGIRAAN PERBELANJAAN ASAS KEHIDUPAN WAJAR (PAKW)

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melancarkan kalkulator untuk pengiraan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) bagi setiap daerah di seluruh negara.
PAKW adalah satu kaedah untuk menentukan berapa anggaran kos sesebuah isi rumah untuk menjalani kehidupan bermakna.
Pengiraan PAKW bukan sahaja mengambil kira faktor makanan dan tempat tinggal, bahkan faktor seperti kos kesihatan, pendidikan, aktiviti riadah, penyertaan aktiviti bermasyarakat, dan beberapa pembolehubah lain.
Mengambil contoh di bawah, sebuah keluarga dengan jumlah isi rumah 6 orang (suami isteri bersama 4 anak yang masih bersekolah).
Nilai PAKW untuk keluarga tersebut jauh bezanya sekiranya tinggal di luar bandar, Hulu Terengganu ketimbang mereka tinggal di Kuala Lumpur.
Ini bermaksud, sesebuah keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan RM5,500 di Hulu Terengganu sudah dapat hidup selesa, tetapi jika mereka tinggal di Kuala Lumpur, mereka memerlukan tambahan hampir RM4,000 sebulan untuk keselesaan hidup yang setara.
Ini adalah kaedah baru yang akan digunakan Kerajaan secara meluas selepas ini untuk merangka dasar, memberikan bantuan, dan pelbagai gerak kerja lain berdasarkan kekuatan statistik dengan sasaran mengoptimumkan sumber negara.
Muat turun kalkulator PAKW di:
Dashboard MyPAKW:

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …