Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM500,000 untuk program berkaitan kanser payudara termasuk advokasi, seminar kesihatan, kempen kesedaran dan skim bantuan untuk pesakit.
Seramai 370 pesakit kanser yang layak akan menerima bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500.
Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan satu daripada 18 wanita di negara ini berisiko menghidap kanser payudara dengan 43% dikesan pada tahap lanjut.
Kerajaan Negeri berusaha secara agresif untuk membantu golongan wanita melalui kolaborasi dengan pelbagai institusi kesihatan.
Sumber: Bernama