MOHD YUSOFF DILANTIK KETUA POLIS KELANTAN BERKUAT KUASA HARI INI

Datuk Mohd Yusoff Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa hari ini 29 Oktober 2024, menggantikan Datuk Muhamad Zaki Harun yang bersara pada 31 Ogos lalu.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob Khan menekankan bahawa pelantikan ini adalah amanah yang memerlukan integriti dan tanggungjawab, serta mengingatkan Mohd Yusoff bahawa jawatan tersebut bukan untuk mengumpul kekayaan.

Mohd Yusoff, yang memiliki pengalaman luas dalam PDRM, berjanji untuk menjalankan tugasnya dengan penuh integriti demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri Kelantan.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …