TNB PERKUKUH LANGKAH MITIGASI HADAPI BANJIR AIR PASANG DI TERENGGANU

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin memaklumkan bahawa pihak kami sedang memantau dengan rapi perkembangan situasi banjir air pasang yang dijangka melanda negeri Terengganu dari 18 hingga 25 Oktober, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu.
Berdasarkan maklumat JPS Terengganu, sebanyak 41 kampung dalam 5 daerah (Besut, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dijangka terjejas akibat fenomena air pasang ini.
Dalam penilaian risiko banjir yang dilakukan oleh TNB, beberapa aset seperti pencawang elektrik dan pencawang masuk utama turut berisiko untuk terjejas, namun kerja-kerja mitigasi banjir telah dilaksanakan sepenuhnya bagi memastikan keselamatan orang ramai dan kestabilan pepasangan kami di kawasan tersebut. TNB akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan bagi menghadapi situasi ini. Pengguna disarankan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa dari pihak berkuasa.
Dalam situasi tertentu, TNB sentiasa memastikan keselamatan orang ramai diutamakan dengan memutuskan sementara bekalan elektrik di kawasan yang ditenggelami air banjir. Penyambungan semula bekalan akan dibuat dengan kadar segera sebaik ia selamat dilakukan.
TNB akan memantau perkembangan ini dan akan melaporkan status terkini keadaan pepasangan serta bekalan TNB dari masa ke semasa.
TNB menyarankan para pengguna TNB di kawasan banjir untuk mengamalkan panduan keselamatan elektrik berikut demi keselamatan anda dan keluarga.
Sumber: Facebook TNB

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …