FENOMENA MONSUN TIMUR LAUT

Monsun Timur Laut berlaku setiap tahun dari November hingga Mac, membawa cuaca hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Barat Sarawak, dan Pantai Timur Sabah. Fenomena ini terjadi akibat sistem cuaca monsun yang bergabung dengan luruan udara sejuk dari China, yang menghasilkan hujan lebat dan ribut di wilayah-wilayah tersebut.

Impak Cuaca:

  • Hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir di kawasan pantai timur Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.
  • Angin kencang dan laut bergelora mengancam keselamatan, selain tanah runtuh yang sering berlaku di kawasan berbukit.

Panduan Menghadapi Monsun Timur Laut:

  1. Sentiasa dapatkan maklumat cuaca terkini.
  2. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat.
  3. Sediakan bekalan makanan dan air mencukupi, serta peralatan kecemasan.
  4. Bersihkan longkang dan parit untuk mengelakkan tersumbat.
  5. Elakkan aktiviti di pesisir pantai dan laut.
  6. Ikuti arahan pihak berkuasa untuk keselamatan.

Ciri-Ciri Monsun Timur Laut: Angin lazim datang dari arah timur laut sepanjang musim ini, dan cuaca kering di kawasan utara Semenanjung biasanya berlaku pada penghujung monsun.

Persediaan awal dan langkah berjaga-jaga amat penting untuk mengurangkan risiko bencana alam semasa Monsun Timur Laut ini.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …