POLIS RAMPAS DADAH BERNILAI HAMPIR RM50 JUTA DI KELANTAN

  • Polis telah menyerbu sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu dan menemui sejumlah 5.59 juta biji pil yaba serta 2.6 kg heroin bernilai RM49.17 juta.

 

  • Serbuan pada malam Isnin lalu (7 Oktober 2024) dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, hasil risikan dan maklumat awam.

 

  • Seorang lelaki berumur 32 tahun yang berperanan sebagai penghantar dadah ditahan di lokasi serbuan.

 

  • Modus operandi sindiket adalah mengambil bekalan dari negara jiran untuk ditransit sebelum diedarkan.

 

  • Suspek dibayar RM100 untuk setiap pek yang mengandungi 2,000 biji pil yaba.

 

  • Rumah tersebut disewa sejak 2022, namun aktiviti pengedaran hanya dikesan sejak Jun.

 

  • Jika tidak dirampas, bekalan tersebut mampu digunakan oleh 6.78 juta penagih.

 

  • Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek kini direman seminggu.

 

  • Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan dalang sindiket.

Sumber: Bernama, Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …