PGA KELANTAN RAMPAS ROKOK BERNILAI LEBIH RM133 RIBU

Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan penyeludupan rokok di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada malam 15 Oktober 2024.

Dalam serbuan semasa Op Kontraban, mereka merampas lebih 112,000 batang rokok putih bernilai RM123,222 dan 8,800 batang rokok kretek bernilai RM10,648.

Seorang lelaki berusia 43 tahun ditangkap sebagai pengedar. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan barang rampasan diserahkan ke IPD Kota Bharu.

PGA bertekad untuk mempergiatkan usaha mengekang penyeludupan di sempadan negara.

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …