Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2024
Bermula 1 Oktober 2024, semua produk merokok perlu didaftarkan kepada KKM bagi mendapatkan kelulusan sebelum boleh diedarkan di pasaran.
KKM menyeru agar semua kementerian dan agensi berkaitan, badan profesional, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan peniaga dan pengguna serta seluruh lapisan masyarakat Madani dapat memberikan sokongan dan kerjasama dalam menguatkuasakan Akta 852 ini.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan Akta 852 ini orang ramai boleh menghubungi talian 03-8892 4552 atau menghantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp ke talian 010-860 8949 dari hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang bermula 30 September 2024.
** sumber Kementerian Kesihatan Malaysia