HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PERSETUJUAN MENGGUNAKAN SISTEM PENDAFTARAN PENDUDUK YANG SAMA SELURUH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Sumber gambar: Jabatan Pendaftaran Negara

 

Pada hari ini (15 Oktober) dalam tahun 1948, satu persetujuan telah dicapai antara negeri-negeri dalam Persekutuan untuk menggunakan sistem pendaftaran penduduk yang sama bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Sistem pendaftaran itu pada mulanya diperkenalkan akibat daripada tercetusnya kekacauan yang ditimbulkan oleh pengganas komunis pada pertengahan tahun 1948. Ia mula diperkenalkan oleh pihak Pengawasan Imigresen untuk menghalang penyeludupan masuk pengganas dari sempadan Siam.

Sistem pendaftaran tersebut perlu untuk mengawal penempatan di kawasan sempadan yang sering menjadi tempat kemasukan pengganas dan juga kawasan pantai yang menjadi tempat pendaratan pendatang haram. Oleh itu, pihak Pesuruhjaya Residen Pulau Pinang telah dipertanggungjawabkan untuk menyedia dan memperkenalkan sistem pendaftaran yang seragam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Dengan persetujuan itu pada hari ini dalam tahun 1948, maka negeri-negeri dalam Persekutuan mula memperkenalkannya secara berperingkat dan telah dapat membantu masalah kemasukan haram pengganas komunis di sempadan serta mengawal kemasukan pendatang haram ke Wilayah Persekutuan Tanah Melayu.

Oleh itu, bersempena peristiwa bersejarah ini, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia menyambut Hari Pendaftaran Negara di sambut pada bulan Oktober setiap tahun.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Disediakan oleh: Bakhtiar Effendy

Artikel/Berita Terkini

DUA NELAYAN DIDENDA RM10,000 MILIKI IKAN BOM

PROSIDING: Kedua-dua tertuduh diiring keluar dari mahkamah selepas prosiding berhubung kes memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan di perairan …

KILANG LEKOR KOTOR, BEROPERASI TANPA LESEN DI TAWAU DITUTUP

OPERASI: Dr Shameer mengetuai operasi penguatkuasaan di sebuah kilang pengeluaran keropok lekor dan kuih bahulu di Tawau yang ditutup kerana …

TIGA DITAHAN KES PUKUL, UGUT BAKAR RUMAH

TANGKAP: Semua ditahan polis bagi membantu siasatan kes memukul seorang individu dan mengugut membakar rumah kongsi di Kampung Tanah Merah, …