HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: MALAYSIA MENJADI PENGANTARA PERJANJIAN DAMAI KERAJAAN FILIPINA-MILF

Pada hari ini (15 Oktober) dalam tahun 2012, Malaysia menjadi perantara sehingga temeterinya Pelan Damai Kerajaan Filipina dengan Barisan Bertindak Islam Moro (MILF) yang berlangsung di Dewan Rizal, Istana Malacanang, Manila.

Detik bersejarah ini mengakhiri sengketa lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina. Malaysia menjadi pengantara perundingan damai di antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober 2011.

Malaysia juga memberi jaminan untuk bersama rakyat Filipina dalam memastikan kerangka perjanjian damai ini berjalan lancar. Malaysia berharap dengan adanya pelan damai ini, amalan beragama dan hak untuk hidup bersama tidak lagi menjadi isu konflik dan penduduk berbagai agama dapat disatukan di bawah nilai-nilai dan perlembagaan yang sama.

Perjanjian bersejarah yang disifatkan sebagai ‘perjanjian teras’ ini menandakan permulaan era baru bagi penubuhan entiti baru Bangsamoro yang bakal menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Disediakan oleh: Bakhtiar Effendy

Artikel/Berita Terkini

LALUAN BULATAN KLEBANG KE BATANG TIGA DINAIK TARAF KEPADA EMPAT LORONG

Durian Tunggal – Kerajaan Negeri sedang melaksanakan projek menaik taraf laluan dari Bulatan Klebang ke Batang Tiga sebagai strategi penyuraian …

STESEN KERETAPI KUALA LUMPUR

*Stesen Keretapi Kuala Lumpur * Sebuah ikon warisan negara yang mencerminkan keindahan seni bina Indo-Saracenic serta menjadi saksi kepada perkembangan awal …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI SEMARAK RAMADAN 2026

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …