GISBH: 400 KANAK-KANAK DISELAMATKAN DI NEGERI SEMBILAN – MB

Seramai 400 kanak-kanak berusia antara empat hingga 15 tahun yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di negeri ini diselamatkan susulan Op Global bermula 11 September lalu. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, mereka yang diselamatkan itu membabitkan penghuni rumah amal dan kebajikan kendalian GISBH di empat daerah iaitu Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Jelebu. Sebahagian kanak-kanak berkenaan kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala sebahagian yang lain dijaga ibu bapa masing-masing.

JKM telah diberikan tanggungjawab untuk memantau perkembangan kanak-kanak terbabit dari semasa ke semasa termasuk memastikan mereka menerima pendidikan dalam arus perdana. Semua premis termasuk rumah amal, madrasah dan kedai-kedai kendalian syarikat itu yang ada di Negeri Sembilan didapati tidak lagi beroperasi. Mereka menutupnya secara sukarela manakala kakitangan premis terbabit menghilangkan diri. Mufti Negeri Sembilan, Prof Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badarudin sebelum ini memaklumkan aktiviti GISBH melanggar undang-undang, peraturan dan Rang Undang-Undang sedia ada seperti mana diamalkan kumpulan al-Arqam yang diwartakan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan haram pada 1994.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut