BERAT BADAN YANG IDEAL

Untuk memastikan badan kita sentiasa sihat, kita mestilah mempunyai berat badan berdasarkan Berat Badan Ideal.

Bagi memastikan kita mempuyai berat badan tersebut, kita mestilah sentiasa mengukur berat badan menerusi Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI).

Maksud BMI

BMI adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan ketinggian seseorang untuk menentukan tahap berat badan seseorang tersebut. Apabila mengetahui nilai BMI, ini akan dapat membantu seseorang untuk menentukan sama ada dia mempunyai berat badan yang seimbang atau tidak.

Mempunyai nilai BMI yang tidak seimbang sama ada terlalu besar atau kecil boleh mendedahkan seseorang kepada wujudnya masalah kesihatan.

Contohnya, jika besar nilainya, seseorang berkemungkinan terdedah kepada penyakit seperti diabetes, darah tinggi ataupun penyakit jantung. Namun, jika terlalu kecil nilainya, ini akan wujud risiko untuk masalah kesihatan seperti anemia, keletihan kronik dan penurunan daya tahan badan terhadap jangkitan mungkin akan terjadi.

Oleh kerana itulah, pentingnya bagi seseorang mengetahui nilai BMI bagi membolehkan anda mencari langkah terbaik bagi mendapatkan nilai BMI yang lebih ideal.

Formula Pengiraan BMI

BMI = Berat ( kilogram )
________________________

Tinggi (meter) x Tinggi ( meter )

 

Contohnya:

Berat badan: 50 kg
Ketinggian: 155 cm (1.55m)

Maka pengiraannya adalah:

50
_____________________ = 20.8

(1.55 x 1.55)

Untuk mendapatkan Berat Badan Ideal, seseorang mestilah mendapat 18.5 – 24.9 bagi pengiraan BMI.

Kategori BMI

Pengiraan BMI Kategori BMI
18.5 atau kurang Kekurangan berat badan
18.5 – 24.9 Normal
25 – 30 Berlebihan berat badan
30 atau lebih Obes

 Cara Mendapatkan Berat Badan Ideal

Cara mendapatkan berat badan yang normal adalah:

  • Kekalkan berat badan dalam julat antara 18.5 kg/m2 dan 24.9 kg/m2.
  • Rancang diet sihat yang mengandungi pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
  • Kekal aktif setiap hari. Cara hidup yang aktif akan memberi banyak kebaikan di dalam pengurusan berat badan, jantung yang sihat, tulang yang kuat dan mengurangkan stres.

Jika berat badan berlebihan:

  • Sasarkan untuk mengurangkan berat badan dengan perlahan-lahan (kurangkan berat badan sebanyak 0.5 – 1.0 kg seminggu).
  • Kurangkan pengambilan kalori anda tanpa mengurangkan pengambilan zat-zat makanan yang lain.
  • Tingkatkan aktiviti fizikal anda secara beransur-ansur.

Jika berat badan kurang:

  • Makan tiga sajian utama dan selingkan 1 hingga 3 kali makanan ringan sepanjang hari.
  • Pilih makanan yang mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi.
  • Makan hidangan yang lebih besar.

Sumber:

http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-berat-badan/

https://www.myhealthmylife.com.my/ms-MY/Healthy-Living/Maintaining-a-Healthy-Weight

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut