IMIGRESEN KELANTAN GEMPUR TANAH TINGGI LOJING, TAHAN 86 PENDATANG TANPA IZIN

Satu Operasi Bersepadu di Tanah Tinggi Lojing telah diadakan pada 4 Oktober 2024.

Operasi ini melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan sebagai penyelaras utama, manakala Jabatan Imigresen Negeri Kelantan sebagai Komander Operasi.

Hasil serbuan ke tiga (3) lokasi di sekitar Tanah Tinggi Lojing, seramai 86 PATI ditahan terdiri daripada 20 lelaki Bangladesh, 4 lelaki Nepal, dan 56 lelaki serta 6 wanita Myanmar.

Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan mengenai penggunaan pekerja asing di kawasan pertanian tersebut.

Serbuan bermula jam 3 pagi itu melibatkan 16 lokasi, termasuk rumah kongsi dan kedai makan.

Kesemua mereka akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan telah dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

JIM menggalakkan orang ramai yang mempunyai maklumat melibatkan berkaitan PATI melaporkan kepada JIM Kelantan dengan menelefon 019-9840377 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Sumber: Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …