LORI BALAK, KARGO ANTARA DITAHAN DALAM OP TIMBER – JPJ KELANTAN

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan menahan sembilan kenderaan berat dalam Op Timber di Stesen Penguatkuasa (SPK) Mentara pada 9 Oktober 2024.

Tiga lori balak dan enam lori kargo ditahan hasil dari risikan yang bermula pada 22 September yang lalu susulan terdapat aduan berkenaan kenderaan berat yang beroperasi pada waktu puncak.

Satu kenderaan disita di bawah Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana membawa muatan berlebihan sebanyak 75.58%.

Kenderaan ini dilucut hak melalui kuasa mahkamah.

Lapan lagi kenderaan yang melebihi muatan 35% akan didakwa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

DAH ADA TuJu? JOM TuJu!

Sebelum gerak, semak dulu! Rancang perjalanan dan pantau trafik lebuh raya di hujung jari anda. TuJu menyediakan navigasi perjalanan serta …

DARIPADA MINAT MENJADI RINGGIT

Pada era digital yang serba moden ini, hobi tidak lagi sekadar mengisi masa lapang. Slogan “Daripada Minat Menjadi Ringgit” kini …

SUKAN DINIKMATI, KECEDERAAN DIHINDARI

Sukan dan aktiviti fizikal merupakan komponen penting dalam rutin harian untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, dan produktif. Amalan bersukan …