PENYELUDUP GUNA TAKTIK BELI MINYAK DIESEL TENGAH LAUT

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merampas 27,000 liter minyak diesel bernilai RM80,000 di dua lokasi berasingan di daerah Kemaman. Selain merampas diesel, pihaknya turut merampas dua kapal dan dua lori tangki dengan rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM1.7 juta menerusi Ops Tiris 3.0 jam 5 pagi tadi.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, serbuan dilakukan di dua jeti berbeza berdekatan Sungai Kuang membabitkan sembilan pegawai penguat kuasa KPDN Terengganu bersama 11 pegawai polis hasil risikan yang dilakukan selama dua minggu. Modus operandi sindiket terbabit adalah membeli minyak diesel di tengah laut menggunakan kapal tunda.

Minyak itu kemudiannya akan dipindahkan ke lori tangki untuk dijual semula kepada pembeli di pasaran gelap. Ketika serbuan, terdapat 10,000 liter minyak diesel sudah dipindahkan dari kapal ke lori tangki menggunakan paip saluran getah.

Pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati kesemua kapal dan lori berkenaan tidak memiliki sebarang permit atau surat kebenaran daripada Pengawal Bekalan untuk berurusan dengan barang kawalan iaitu minyak diesel.

Pihaknya turut menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia antara 30-an hingga 40-an. Siasatan awal juga mendapati satu daripada sebuah kapal tunda dan dua daripada tujuh suspek adalah kapal tunda dan individu sama yang pernah ditahan bagi kesalahan itu pada Julai lalu.

 

Kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. KPDN menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam sindiket dan aktiviti haram ini. Individu, syarikat dan pengusaha-pengusaha stesen minyak diingatkan supaya sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan.

Sumber: Harian Metro (7 Oktober 2024)

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut