AJARAN CAHAYA DIKESAN DI KUALA PILAH, DAKWA ADA ROH RASUL

Dalang ajaran sesat dikenali sebagai Ajaran Cahaya menganggap dirinya sudah mencapai darjat tinggi selain mendakwa semua urat dan darahnya sudah mula berzikir sehingga tidak perlu lagi beribadat. Ajaran sesat itu dipercayai didalangi lelaki warga Singapura berusia 60 tahun yang mengakui dalam dirinya ada roh kudus merujuk kepada roh semua rasul.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Ahmad Zaki Hamzah memaklumkan, hasil risikan mendapati ajaran tersebut bertapak di Kuala Pilah sejak setahun lalu. Lelaki dengan seorang wanita tempatan berusia 42 tahun di Muadzam Shah, Pahang ketika perjalanan ke Terengganu telah ditahan.

Siasatan juga mendapati lelaki berkenaan turut mendakwa tidak perlu berzikir dan solat, manakala bersentuhan dalam kalangan bukan muhrim itu dianggap tidak berdosa. Selain menyebarkan ajaran secara berkumpulan, mereka menggunakan media sosial untuk mempengaruhi pengikut supaya percaya dengan fahaman yang bertentangan dengan hukum, dan siasatan mendapati ajaran itu hanya tersebar di daerah Kuala Pilah.  Lelaki berkenaan juga mengakui kali terakhir solat fardu lima waktu pada 2021 yang mana dia menganggap dirinya tidak perlu melakukan apa-apa ibadah.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …