KEPERCAYAAN GISBH SAMA DENGAN AL-ARQAM -JAWATANKUASA FATWA NEGERI SEMBILAN

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan pada 28 September lalu mendapati ajaran dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah sama seperti ajaran dan kepercayaan Al-Arqam yang telah diwartakan sesat pada 2016.

Menurut Mufti Negeri Sembilan, Prof Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badarudin, buat masa ini jawatankuasa berkenaan belum memutuskan sama ada perlu dikeluarkan keputusan baharu atau sebaliknya. Ini kerana fatwa ajaran Al Arqam yang diwartakan pada 2016 masih relevan dan boleh dikuat kuasa bagi menangani ajaran GISBH.

Ia hanya akan diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa fatwa bulan Oktober 2024. Setakat ini tiga negeri yang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH sebagai sesat ialah Perlis, Selangor dan Pahang.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut