ISU KHEMAH BIRU TIDAK TIMBUL JIKA PENGUSAHA IKUT PERATURAN – EXCO

Isu khemah biru di pantai Teluk Kemang tidak akan timbul sekiranya pengusaha mematuhi peraturan ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar, pengusaha sepatutnya membuka khemah sekiranya tiada permintaan pelanggan dan bukannya dibiarkan dipacak seolah-olah kawasan itu adalah tempat mereka.

Isunya sekarang ada pengusaha pasang secara kekal dan ia menimbulkan rungutan pengunjung kerana rasa kurang selesa dengan kehadiran banyak khemah di situ. Sekiranya mereka patuh dengan arahan dikeluarkan MPPD, isu ini tidak akan timbul. Seperti mana yang telah dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebelum ini, isu berkenaan akan diselesaikan menjelang hujung tahun ini. Buat masa ini tiada lagi arahan untuk terus mengharamkan aktiviti sewaan khemah di situ dan pengusaha diharap menghormati peraturan ditetapkan.

Bagaimanapun, penguatkuasaan oleh MPPD dilakukan dari semasa ke semasa dan tindakan merampas atau menyita khemah akan diambil sekiranya masih ada pengusaha yang berdegil. Pihaknya masih ada pertimbangan kerana memahami itu sumber rezeki mereka, malah pada masa sama turut ada permintaan daripada pelanggan. Bagi setengah orang memang mereka tidak perlukan khemah, tapi ada yang memerlukannya kerana tidak mahu duduk dalam keadaan panas. Isu tersebut hanya berlaku di pantai Teluk Kemang saja dan bukannya di pantai-pantai lain di Port Dickson.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut