KELESTARIAN ALAM: PROGRAM PELEPASAN TUNTUNG SUNGAI DI KEMAMAN

Program Pelepasan Tuntung Sungai yang dianjurkan oleh Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia di Kampung Pasir Gajah, di sini kelmarin telah mencapai kejayaan luar biasa dengan pelepasan 670 ekor anak tuntung ke dalam Sungai Kemaman.

Prof. Maketab (dua dari kanan) daripada Persatuan Tuntung menerima sumbangan sebanyak RM43,500 daripada Watsons bagi membantu usaha pemuliharaan tuntung sungai.

Ini merupakan pelepasan terbesar sejak projek ini dimulakan di daerah ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, termasuk pameran kesedaran awam oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) dan Zoo Kemaman, acara sukaneka, aktiviti mewarna untuk kanak-kanak, bengkel menghias kek bento serta cabutan bertuah.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Jabatan PERHILITAN Malaysia Datuk Fakhrul Hatta Musa yang menekankan pentingnya projek pemuliharaan ini sebagai usaha menjaga kehidupan liar yang terancam.

Orang ramai teruja untuk melepaskan anak tuntung ke dalam sungai.

“Harapan saya adalah agar pusat dan projek tuntung sungai ini akan terus maju jaya,” katanya.

Turut hadir Watsons Regional Sales Operation Manager Chan See Aun, yang menyampaikan sumbangan sebanyak RM43,500 kepada Persatuan Tuntung untuk menyokong usaha pemuliharaan.

Sumber: Malaysia Aktif

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …