TAMAN SRI MUDA DIGEMPUR, 602 PATI PELBAGAI NEGARA DITAHAN

OPERASI (PATI) SECARA BERSEPADU (JPGN NEGERI SELANGOR)

Sri Muda,Selangor, 05 OKT 2024 – Satu Operasi khas yang diketuai oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor telah diadakan di Taman Sri Muda, Shah Alam bagi membanteras PATI yang melibatkan agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan di bawah Jawatankuasa  Perancang Gerakan Negeri Selangor (JPGN).

Operasi ini turut melibatkan seramai 445 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen Selangor, Ibu Pejabat Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka,Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri,PGA Briged Tengah,Angkatan Tentera Malaysia, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Pertahanan Awam serta Majlis Bandaraya Shah Alam.

Operasi ini dilaksanakan melalui cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor supaya satu operasi bersepadu bagi membanteras PATI yang melibatkan agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan diselaraskan di bawah Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri Selangor (JPGN) yang dipengerusikan secara bersama oleh Panglima 11 Briged Infantri dan Ketua Polis Negeri.

Operasi ini adalah atur gerak semua agensi keselamatan dan penguatkuasa bagi menangani sebarang isu keselamatan dan ketenteraman awam terutamanya di lokasi panas yang dikenal pasti di daerah Petaling dan ketenteraman awam terutamanya di lokasi panas yang dikenal pasti di daerah Petaling.

Melalui operasi ini seramai 1,091 orang warga asing diperiksa dan daripada jumlah yang diperiksa ini, seramai 602 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen. PATI yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk verikasi kali kedua dan untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ini telah dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari yang merupakan Pengerusi Keselamatan Negeri Selangor diiringi oleh Tuan Jafri bin Embok (Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Operasi), Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan (Pengarah Keselamatan Negeri), YBhg. Brigadier Jeneral Shahir Hafizul bin Abd Rahman (Panglima Markas 11 Briged), YBhg. Dato’ Sasikala Devi A/P Subramaniam (Timbalan Ketua Polis Selangor IPK Selangor), Tuan Amri bin Ismail, (Pegawai Daerah Klang) dan Tuan Khairrul Aminus bin Kamaruddin (Pengarah Imigresen Negeri Selangor). Turut hadir serta Pengarah dan wakil pengarah dari pelbagai agensi.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut