SAKIT BELAKANG DITEMPAT KERJA: PUNCA DAN CARA RAWATAN

90% dari pekerja pejabat akan mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

70% daripadanya tidak mendapatkan rawatan dan berisiko untuk mengalami sakit belakang yang kronik seperti ‘slip disc’.

Pesakit akan mengadu rasa sakit dan tidak selesa semasa bekerja. Ini akan mengganggu fokus dan produktiviti kerja.

Punca Sakit Belakang di Pejabat

Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan berlakunya sakit ini di pejabat. Antaranya seperti:

 

Postur Badan yang Salah

Kedudukan duduk pada kerusi perlu diambil perhatian kerana ianya merupakan punca utama sakit belakang.

Apabila duduk dalam posisi yang salah seperti belakang tidak tegak, terlalu menunduk kepala, ia boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian belakang.

Cara yang betul ialah tulang belakang perlu disokong dengan betul iaitu duduk secara tegak 90 darja

 

Mengangkat Barang Berat

Cara mengangkat barang yang berat juga boleh menjadi punca sakit belakang di tempat kerja, lalu memberikan tekanan pada bahagian belakang.

Cara yang betul ialah dengan mencangkuk kemudian bengkokkan lutut terlebih dahulu sebelum mengangkat barang.

Jika membongkokkan terus badan sambal mengambil barang di bawah, ia boleh memudaratkan pergerakan tulang di bahagiang pinggul dan menyebabkan sakit pinggang.

 

Kerap Membongkok

Simptom ini sering terjadi samada duduk terlalu lama di depan computer atau semasa berbincang dengan pegawai lain.

Apabila posisi badan membongkok, ia memberikan tekanan pada bahagian belakang dan bahu. Kemudian, ia boleh menyebabkan otot kejang.

 

Stres 

Masalah stres juga boleh mempengaruhi sakit belakang.

Ia terjadi apabila stres membuatkan otot-otot tertentu seperti di bahu dan tulang kelakang menjadi ketat. Ia menyebabkan seseorang itu mengalamii sakit yang dikenali sebagai Tension Myositis Syndrome.

 

Trauma atau Jatuh

Kemalangan seperti jatuh atau trauma di bahagian belakang boleh menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.

Meskipun kecederaan lama yang sudah dirawat, ia masih boleh menyebabkan sakit terutama ketika duduk bekerja.

 

Tips Untuk Mengurangkan Sakit Belakang

Memang perit menanggung sakit selepas seharian bekerja di pejabat, bagaimana nak kurangkan masalah ini? Mari cuba tips berikut:

Menjaga Postur Badan

Elakkan dari membongkok semasa anda bekerja. Jika anda terpaksa duduk untuk masa yang lama, biasakan diri untuk duduk bersandar dengan tegak.

Anda juga boleh meletakkan bantal lembut di belakang badan. Ia berfungsi sebagai sokongan pada tulang belakang dan punggung.

Bersenam dan Membuat Regangan

Senaman dan regangan boleh membantu melegakan ketegangan dan tekanan pada tubuh badan. Anda boleh membuat senaman yang melibatkan bahagian belakang badan.

Seorang ahli psikoterapi mencadangkan satu teknik regangan bagi mengurangkan sakit belakang di tempat kerja. Mungkin anda boleh cuba cara-cara berikut:

  • Bangun dari tempat duduk dan ambil tiga ke empat langkah jauh dari meja
  • Bengkokkan badan ke arah meja sebanyak 90 darjah
  • Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas meja dan pandang ke lantai
  • Kekalkan posisi ini selama 20 saat

Berjalan-jalan Sebentar

Apabila badan mula terasa lenguh, anda digalakkan untuk bangun dari tempat duduk dan berjalan-jalan sebentar.

Berjalan di sekeliling pejabat selama seminit dua sudah cukup untuk mengubah postur badan dan menjana pengaliran darah.

Rawatan Sakit Belakang di Tempat Kerja

Rawatan fisioterapi adalah berkesan untuk meredakan sakit pada belakang.

Untuk mendapatkan rawatan fisioterapi di hospital, kebiasaannya pekerja harus mengambil cuti. Ini akan mengurangkan produktiviti pekerja dan juga syarikat.

Kini dengan kaedah in-house physiotherapy, ia dapat meningkatkan produktiviti syarikat, mengurangkan kekerapan cuti sakit serta memudahkan pekerja untuk mendapatkan rawatan tanpa perlu keluar pejabat.

Sumber:

https://www.precisionhealth.com.au/ms/healthcare-services/pain-management/conditions-treated/spinal-conditions/trauma-fractures-dislocations-instability/

https://physiomobile.com/physiotherapy/cara-menghilangkan-sakit-belakang/

https://physiogo.com.my/4-punca-sakit-belakang/

 

Artikel/Berita Terkini

𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) OPS SELERA …
Maklumat Lanjut

KURSUS ASAS PERUNDING KRISIS KEGANASAN

Kursus Asas Perunding Krisis Keganasan telah diadakan pada 7 hingga 9 Julai 2025 betempat di Kem 1 Briged, Rasah. Kursus …
Maklumat Lanjut

𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗗

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Latihan kawad …
Maklumat Lanjut