MENGHADAPI MONSUN TIMUR LAUT: BENCANA BANJIR DAN IMPAK

Banjir dan banjir kilat merupakan bencana alam yang berlaku disebabkan oleh perubahan cuaca yang berlaku di seluruh dunia.  Banjir pada istilah  umum  adalah  limpahan  air daripada sungai atau tempat takungan air mengenai kawasan yang biasanya kering. Banjir ini memberi kesan kepada masyarakat seperti kehilangan harta benda, kerosakan barang malah boleh meragut nyawa. Kejadian banjir ini merupakan situasi yang lazim berlaku di Malaysia terutamanya di negeri-negeri seperti Johor, Pahang, Terengganu,  Sabah  dan Sarawak pasa musim tengkujuh  timur  laut.  Manakala, banjir kilat adalah bencana  alam yang berlaku disebabkan oleh peningkatan air yang  sangat cepat. Biasanya banjir kilat ini berlaku di bandar seperti Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur. Pada 18 Disember 2021,Malaysia dikejutkan  dengan  kejadian  banjir  kilat  yang  berlaku  di  Selangor.  Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Datuk Nor Hisham Mohd Ghazali mengeluarkan kenyataan di BERNAMA dengan menyatakan bahawa beliau tidak pernah melihat kejadian banjir kilat yang seteruk ini berlaku di Kuala Lumpur ataupun Shah Alam.  Banjir kilat di Selangor meragut nyawa 25 individu termasuk sukarelawan (Bernama, 2021).

Malaysia telah mengklasifikasi banjir sebagai bencana alam ekoran kekerapan dan kejadiannya yang boleh mengakibatkan kerugian, kemusnahan harta benda dan boleh mengundang risiko kecederan dan kematian kepada manusia. Secara ummunya bencana boleh dibahagikan kepada dua iaitu disebabkan oleh perbuatan manusia (man-made disaster) dan akibat bencana alam (natural disaster). Bencana alam seperti tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, banjir, ribut dan sebagainya berlaku di seluruh dunia. Menurut Muhammad Hilmi Mat Johar et al., (2021), menyatakan bencana adalah peristiwa atau kejadian yang melanda di kawasan yang mendatar, landai mahupun cerun di seluruh pelusuk bumi merupkan fenomena bencana alam. Bencana alam yang menimpa boleh mengorbankan ribuan nyawa manusia, menyebabkan kerosakan tempat tinggal dan harta benda serta menyebabkan kemusnahan alam sekitar.

Agensi  Pengurusan  Bencana  Kebangsaan  (NADMA)  mendefinisikan bencana  sebagai  peristiwa  yang  mengakibatkan  gangguan  kepada  aktiviti masyarakat dan negara. Ia merangkumi kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi, dan kerosakan alam sekitar yang  berada di  luar kemampuan masyarakat  untuk  menanganinya.  Bencana  juga  mempunyai  potensi  yang menyebabkan kemudaratan yang tidak boleh dipulihkan. Ini merujuk kepada kesan negatif yang begitu serius dan mendalam sehingga tidak mungkin atau sangat sukar untuk mengembalikan ke keadaan asal atau untuk pulih sepenuhnya. Contohnya kemusnahan dan kerosakan infrastruktur seperti rumah, jalan raya, dan kemudahan awam yang tentunya memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama untuk baik pulih. Dalam beberapa kes terdapat rumah yang rosak teruk yang perlu dirobohkan  dan  dibina  semula.  Keadaan  ini  tentunya  memerlukan  sumber kewangan yang besar dan mengambil masa yang lama.Selain  itu,  kesan  jangka  panjang  seperti  kerugian  ekonomi,  kehilangan nyawa, atau  kerosakan kepada alam sekitar yang tidak dapat  dipulihkan semula, dan  ia merupakan contoh kemudaratan yang tidak boleh  diperbaiki. Kehilangan nyawa dan  peningkatan kos perubatan boleh memberi impak yang  berpanjangan kepada  keluarga mangsa. Kerosakan kepada ekosistem  seperti  hutan  dan sungai boleh mengganggu keseimbangan ekosistem. Faktor lain yang boleh menyebabkan kemudaratan  yang  tidak  boleh diperbaiki  termasuklah  kehilangan  sumber  daya penting, kecacatan fizikal atau mental, dan impak sosial yang mendalam.

Banjir dan banjir kilat  yang berlaku di Malaysia memberi pengajaran kepada  kita untuk menjaga  alam  sekitar  dengan  sebaiknya.  Islam  mengajar  penganutnya  untuk  menjaga kejadian  alam  ini. Melalui  kajian ini,  kejadian  banjir  berlaku  disebabkan oleh  angkara manusia. Faktor utama menyumbang kepada banjir dan  banjir  kilat  adalah  penebangan serta pembalakan hutan, sistem perparitan yang lemah juga pembangunan pesat. Faktor-faktor ini membuktikan ketamakan manusia pada dunia. Banjir yang berlaku ini memberi peringatan  bahawa  setiap  aktiviti  manusia  memberi  kesan  kepada  alam  dan  akhirnya menjadi  bencana  kepada  manusia  itu  sendiri.  Pihak  yang  berwajib  perlu  mengambil langkah bijak dan segera untuk menagani dan menyelesaikan isu banjir ini agar kejadian perit ini tidak berulang.

Sumber: eJournal UPSI

Artikel/Berita Terkini

JPJ: OPERASI KHAS MOTOSIKAL TUMPU LAPAN KESALAHAN UTAMA HINGGA 31 DISEMBER 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal Tahun 2024 selama dua (2) bulan bermula 1 November 2024 …
Maklumat Lanjut

APAKAH TUJUAN AKAUN PERSARAAN, AKAUN SEJAHTERA DAN AKAUN FLEKSIBEL?

Jom fahami penerangan ringkas tentang fungsi Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3). Untuk …
Maklumat Lanjut

KES AMANG SEKSUAL GISBH: MAHKAMAH TETAP 18 NOVEMBER SERAHAN LAPORAN PERUBATAN MANGSA

Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menetapkan 18 November depan untuk serahan laporan perubatan bagi kes amang seksual melibatkan empat …
Maklumat Lanjut