27,035 ALAT PERMAINAN SEKS BERNILAI RM1.3JUTA DILUPUSKAN

Sebanyak 27,035 unit alat permainan seks pelbagai jenis seberat 5,800 kilogram dianggarkan bernilai RM1.3 juta dilupuskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Selasa.

Menurut Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof, kesemua barangan tersebut merupakan hasil rampasan di tiga negeri sepanjang tahun ini. Ia membabitkan rampasan dalam Ops Cetak di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Kesemua barang rampasan terbabit telah pun mendapat kelulusan mahkamah untuk dilucut hak dan dilupuskan di bawah Seksyen 19(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.Menurutnya, bukan sahaja mengimport, mengedar atau menjual, malah membeli atau memiliki bahan penerbitan berbentuk alat permainan seks adalah salah dari segi undang-undang. Barangan tersebut ditakrifkan sebagai jelik kerana ia berlawanan dengan moral dan sosio budaya masyarakat di negara ini.

Kebanyakannya adalah buatan China dan sebahagiannya Thailand. Ia boleh dibeli dengan harga serendah RM50 dan paling mahal RM800, tapi beliau percaya ada lagi mahal daripada itu. Alat ini telah menimbulkan ketidakselesaan kepada masyarakat tentang kewujudannya di pasaran, platform e-dagang pelbagai medium sosial yang ditawarkan kepada umum.

Pihaknya tidak akan berkompromi tentang apa sahaja kesalahan-kesalahan melalui penerbitan yang mungkin boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada masyarakat. KDN secara berterusan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat bagi membendung lambakan penerbitan tidak bermoral seperti alat permainan seks ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut