UNISZA SEDIA BANTUAN AWAL KEPADA PELAJAR MISKIN

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil inisiatif menyampaikan bantuan awal kepada dua pelajar miskin yang berjaya menyambung pelajaran di universiti itu.

Mereka ialah Mohamad Zahis Zahari, 19, dari Bachok, Kelantan yang ditawarkan mengikuti pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dan Nur Safuwanah Mohd, 20, dari Kampung Lapan Kotak, Besut yang bakal menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Profesor Madya Dr Mohd Hafiz Yusoff berkata, bantuan berbentuk wang tunai RM500 dan komputer riba itu bagi memastikan dua pelajar cemerlang tersebut tidak tercicir dalam pelajaran meskipun mereka merupakan anak yatim dan memiliki adik-beradik yang ramai.

“Kedua-dua pelajar ini akan mendaftar sebagai pelajar baharu Ahad depan tetapi tidak mampu membuat persiapan kerana kesempitan hidup. “UniSZA akan mengambil inisiatif untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada peluang pelajaran.

Selain bantuan awal UniSZA turut menyalurkan pelbagai jenis sumbangan lain termasuk zakat, bakul makanan dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Zahis berkata, pada mulanya dia terkejut apabila menerima kunjungan pihak pengurusan UniSZA yang prihatin dengan kesusahan keluarganya.

Pemuda itu berkata, selepas kehilangan bapanya akibat kanser hati tahun lepas, keluarganya terpaksa bergantung kepada pendapatan ibu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.

“Sebelum ini saya memang runsing memikirkan mana nak cari duit untuk bayar yuran untuk daftar. Apatah lagi nak membeli barang keperluan lain.

“Tetapi Alhamdulillah bantuan yang diterima ini dapat membantu saya melengkapkan keperluan. Lebih-lebih lagi bantuan komputer riba yang amat penting untuk tujuan pembelajaran tetapi amat mahal harganya,” katanya. – Bernama

 

Sumber  : Sinar Harian

Bertarikh : 23.September 2024,

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …