MELIOIDOSIS

Melioidosis adalah penyakit bawaan air dan tanah yang disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia pseudomallei dan boleh menyebabkan komplikasi serius. Langkah pencegahan adalah terbaik kerana tiada vaksin untuk mencegah jangkitan bakteria ini terutamanya di musim hujan.

TANDA DAN GEJALA

Terdapat beberapa jenis tanda dan gejala melioidosis yang boleh dikategori seperti berikut:

  • Jangkitan setempat (Localizes infection) : bengkak dan sakit, demam, kudis, bernanah.
  • Jangkitan paru-paru (Pulmonary infection) : batuk, sakit dada, demam tinggi, sakit kepala, anorexia
  • Jangkitan darah (Bloodstream infection) : demam, sakit kepala, sakit sendi, masalah pernafasan, ketidakselesaan abdomen, kelembutan otot, kekeliruan.
  • Jangkitan disebarkan (Disseminated infection) : susut berat badan, sakit perut atau sakit dada, sakit otot atau sakit sendi, sakit kepala, sawan.

Walau bagaimanapun, pelbagai tanda dan gejala boleh dikelirukan dengan penyakit-penyakit lain seperti batuk kering, pericarditis dan lain-lain jangkitan kronik atau akut.

Masa antara pendedahan kepada bakteria dan kemunculan gejala-gejala tidak ditakrifkan dengan jelas, umumnya gejala muncul 2 hingga 4 minggu selepas pendedahan.

KUMPULAN BERISIKO TINGGI

Walaupun orang yang sihat boleh mendapatkan melioidosis, pesakit yang mempunyai faktor-faktor berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan.

Faktor-faktor risiko ialah:

  • kencing manis (diabetes)
  • penyakit hati
  • penyakit buah pinggang
  • talasemia
  • kanser atau penyakit sistem imun tertekan (immune-suppressing) bukan jangkitan HIV
  • penyakit paru-paru kronik

UJIJAKI MAKMAL

  • Jenis sample yang diperlukan dari pesakit:
  • Darah
  • Air kencing
  • Nanah
  • Kahak
  • Cecair badan

PENCEGAHAN

Pada masa sekarang, tiada vaksin yang dapat mencegah jangkitan melioidosis. Beberapa langkah pencegahan adalah seperti di bawah:

  • Pesakit kencing manis atau pesakit buah pinggang kronik yang mempunyai luka terbuka harus mengelakkan sentuhan langsung (direct contact) dengan tanah dan air tercemar.
  • Peladang perlu memakai but yang boleh menghalang jangkitan melalui kaki.
  • Pekebun harus memakai sarung tangan apabila berkebun.
  • Pekerja penjagaan kesihatan (Health Care Worker) boleh menggunakan langkah berjaga-jaga menggunakan topeng, sarung tangan, dan gaun semasa menjaga pesakit.

** Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …