MAHA 2024: PAVILION KELANTAN JADI TUMPUAN PENGUNJUNG

Pavilion Kelantan menerima sambutan yang sangat baik, termasuk kehadiran kerabat diraja.

Ia sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA 2024) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang

YTM Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, telah berkenan untuk melawat dan beramah mesra dengan usahawan serta agensi pameran di Pavilion tersebut.

Kehadiran YAM Tengku Temenggong Perlis juga menambah kemeriahan acara.

Pavilion Kelantan dimeriahkan dengan persembahan seni tradisional, termasuk gendang dan kertok dari Gua Musang.

MAHA 2024, yang berlangsung dari 11 hingga 22 September, menyasarkan kehadiran tiga juta pengunjung telah mencatatkan lebih lima juta pengunjung bagi penganjurannya kali ini.

 

Sumber: UPKN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut