KENDALIKAN MADRASAH TANPA KEBENARAN, JHEAINS TAHAN DUA LELAKI DIPERCAYAI ADA KAITAN GISBH

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri sembilan (JHEAINS) menahan dua individu disyaki selepas mereka selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, pada malam Ahad.

Menurut Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah, penahanan kedua-dua orang disyaki ini adalah untuk siasatan berkaitan pengoperasian sekolah agama tanpa kebenaran di Beting, Kuala Pilah. Ketika soal siasat, kedua-dua individu ini didapati cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah pegangan Al-Arqam yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan Mufti.

Sehubungan itu, JHEAINS telah membuat permohonan bon jaminan di Mahkamah Rendah Syariah Sendayan hari ini bagi tujuan melengkapkan kertas siasatan dan memastikan mereka hadir pada tarikh sebutan semula kes iaitu pada 12 November.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 22 Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Negeri Sembilan) 1996 dan Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 (Pindaan 2019). Hakim Syarie Nurul Akmar Mohamad Hilmi membenarkan kedua-dua individu dilepaskan dengan jaminan RM2,000 seorang dengan dua penjamin yang bermastautin di Negeri Sembilan.

Sumber:Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

KETUA POLIS MELAKA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL PRN MELAKA KE-16

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, hari ini hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …