GISBH: NEGERI SEMBILAN BUAT KEPUTUSAN SELEPAS JAWATANKUASA MUZAKARAH MKI BERSIDANG

Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan akan membuat keputusan berhubung isu GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) setelah Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) bersidang. Menurut Mufti Negeri Sembilan, Prof Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badarudin, buat masa ini jawatankuasa itu belum membuat apa-apa keputusan mengenainya.

Negeri Sembilan masih menunggu laporan penuh siasatan polis berserta bukti sebelum membuat keputusan mengenai kumpulan tersebut. Negeri Sembilan mempunyai fatwa yang telah diwartakan berkaitan Aurad Muhammadiah dan Arqam yang dilihat memadai dan mencakupi penyelewengan yang terdapat di dalam GISBH hari ini. Pihaknya akan memutuskan apa-apa perkara berkaitan setelah MKI bersidang nanti.

Pihaknya turut menyokong penuh tindakan penguatkuasaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menahan dan mendakwa sebilangan pemimpin serta ahli GISBH. Jakim telah mengadakan pertemuan bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi menyelaras tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri. Sebelum ini juga, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa fahaman yang didukung oleh GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya dari segi batiniah. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia juga adalah kesinambungan Al-Arqam yang telah difatwakan sesat.

Isu itu turut mendapat reaksi daripada Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang bersetuju ia perlu dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI sebelum sebarang fatwa dibuat.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut