DUA BERANAK SAHUT CABARAN ‘MOUNT OPHIR’

Asahan – Pelbagai golongan usia menyertai larian lasak Mount Ophir Trail Run 2024 yang bermula sejak 20 September hingga 22 September (semalam) di Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan.

Antara yang mengambil bahagian adalah peserta anak-beranak yang berasal dari Klang, Selangor iaitu Shaari Saadon, 48, dan anak lelaki tunggalnya, Wildan Hakimi Shaari, 15.

“Ini kali pertama kami anak-beranak naik ke Mount Ophir Trail Run dan kami berdua masuk untuk kategori lelaki dan veteran lelaki 12 kilometer (km).

“Memang sangat mencabar laluan yang disediakan dan tahun hadapan mahu cabar diri sertai untuk 50 km pula.

“Pada saya cabaran seperti ini lebih kepada mencipta memori bersama keluarga, ibu dan anak perempuan saya pula kebetulan ada urusan, jika tidak mungkin satu keluarga dapat berlari bersama mengharungi cabaran di kaki Gunung Ledang bersama,” katanya yang bekerja di Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) kepada Melaka Hari Ini.

Pada cabaran tersebut 12 km itu, Shaari mendapat tempat kelapan bagi kategori lelaki veteran manakala anaknya mendapat tempat ke tiga bagi kategori junior lelaki .

Turut dimaklumkan kedua anak beranak itu bermalam di MSN Saujana Asahan sejak dua hari lalu.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut