TAMAN EMAS MALAYSIA DI KELANTAN BERPONTENSI JADI SOUQ EMAS DUBAI

Taman Emas Malaysia (TEM) yang terletak di Tingkat 1, Bazar Tuan Padang, Kota Bharu, telah dipilih sebagai hub emas negara dengan permintaan melebihi 500kg sebulan.

Dikenali sebagai pasar emas pertama seumpamanya di Malaysia, TEM berfungsi sebagai pusat bagi peniaga emas tempatan dan antarabangsa, terutama dalam kalangan wanita Kelantan yang mempunyai budaya tinggi terhadap emas.

Kelantan berpotensi menjadi “Souq Emas” seperti pasar emas Dubai dengan disokong oleh kehadiran tukang emas mahir yang mewarisi kemahiran dari nenek moyang.

TEM yang dibuka secara rasmi pada 1 Julai 2024, diharap dapat menjadi tarikan pelancongan dan pusat jualan barangan kemas dengan harga berpatutan.

TEM juga akan menyediakan kelas dan kursus pertukangan emas untuk generasi muda, sekaligus membuka peluang kerjaya dalam industri ini.

Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, TEM beroperasi dari Sabtu hingga Khamis, mulai 10 pagi hingga 6 petang, serta mengalu-alukan pengunjung untuk meneroka produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Sumber: UPKN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …