Bulan Rabiulawal bukan sekadar bulan kelahiran, tetapi juga bulan kewafatan insan mulia, Nabi Muhammad SAW. Dalam bulan penuh berkat ini, kita mengenang kedatangan Baginda SAW sebagai rahmat kepada sekalian alam dan perpisahan Baginda SAW dengan umatnya.
Rasulullah SAW meninggalkan kita dengan panduan kehidupan yang sempurna iaitu al-Quran dan sunnahnya. Setiap langkah dan kata-kata Baginda SAW kekal menjadi cahaya petunjuk buat umat yang mencintai dan meneladani Baginda SAW.
Marilah kita memperingati dua peristiwa agung ini dengan memperbanyakkan selawat kepada Baginda SAW, mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian dan menyebarkan kasih sayang dan keadilan, seperti yang diajarkan oleh Baginda SAW.
Semoga kita tergolong dalam umat yang mendapat syafaat Baginda SAW di akhirat kelak.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM