‘TIGA HINGGA EMPAT INSTITUSI PENDIDIKAN, PUSAT KEBAJIKAN ADA KAITAN GISB DISIASAT DI NEGERI SEMBILAN’

Kerajaan Negeri Sembilan mengesyaki beberapa sekolah persendirian aliran agama yang tidak berdaftar termasuk yang dikawal Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) mungkin terkait dengan isu eksploitasi kanak-kanak dan remaja.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, maklumat itu diperoleh hasil siasatan dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) susulan aduan diterima daripada orang ramai dan beberapa pihak berkaitan. Setakat ini terdapat antara tiga hingga empat sekolah, madrasah atau pusat amal kebajikan di Seremban, Kuala Pilah dan Nilai, yang sedang disiasat serta dipantau.

Pihaknya juga menjalankan siasatan menyeluruh melalui JHEAINS terhadap sekolah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sebelum kes ini (dakwaan eksploitasi kana-kanak) timbul. Setakat ini pihaknya hanya mengesyaki beberapa sekolah termasuk yang dikawal GISB kerana ada kemungkinan pihak tertentu menggunakan nama lain bagi mengelak dikesan. Namun, JHEAINS sedang mengenal pasti sekolah atau pusat amal berkenaan hasil tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, tetapi siasatan masih diteruskan.

Menurutnya lagi, JHEAINS sedang mengumpulkan maklumat mengenai operasi dan kegiatan yang dilakukan institusi terbabit. Pihaknya tidak mahu berlaku pengajaran dan pendidikan bertentangan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada mana-mana institusi atau jumlah sekolah berkenaan yang diarah tutup.  Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar menghantar anak mereka ke sekolah aliran perdana yang turut menyediakan kurikulum pendidikan agama. Di Negeri Sembilan banyak sekolah aliran biasa yang menyediakan pendidikan agama lengkap seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas, di Rembau.

Pengajian Islam diajar dan ada kokurikulum berkaitan serta sebagainya. Ibu bapa perlu memilih sekolah arus perdana yang berdaftar, bagi memudahkan pemantauan dilakukan dan anak-anak tidak menjadi mangsa kegiatan tidak sihat. Beliau turut berharap agensi seperti JPNS dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat bersama membantu dan bertindak proaktif mengenai perkara ini.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

AIDILFITRI: 1.6 JUTA KENDERAAN DIJANGKA GUNA LEBUH RAYA DI SELURUH SELANGOR

KAJANG, 25 Mac – Kira-kira 1.6 juta kenderaan dijangka keluar serta masuk ke Selangor sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini. Ketua …
Maklumat Lanjut

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) DIPERLUAS KEPADA 5.4 JUTA PENERIMA BERMULA 1 APRIL 2025

Bermula 1 April 2025, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas kepada 5.4 juta penerima! Bantuan akan dikreditkan secara bulanan ke …
Maklumat Lanjut

AIDILFITRI: 810,000 KENDERAAN DIJANGKA MASUK NEGERI SEMBILAN

Polis Negeri Sembilan menjangkakan 810,000 kenderaan akan memasuki negeri ini sepanjang cuti perayaan Aidilfitri ini. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut