JANGAN CUBA HIDUPKAN SEMULA AJARAN AL-ARQAM – MUFTI NEGERI SEMBILAN

Jabatan Mufti Negeri Sembilan mengingatkan semua pihak supaya tidak cuba atau berusaha menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Aurad Muhammadiah ikutan kumpulan Al-Arqam yang diwartakan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Menurut Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin, ajaran itu diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai menyeleweng daripada ASWJ sejak lebih 20 tahun lalu. Di Negeri Sembilan, dalam isu ajaran sesat dan sebagainya ia terletak di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), namun Jabatan Mufti turut memantau selain menilai adakah sesuatu kumpulan itu melakukan aktiviti yang bertentangan dengan ajaran atau pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. JHEAINS ada bahagian penyelidikan yang akan bertindak terhadap sesuatu fahaman atau ajaran yang dibawa.

Dalam isu membabitkan kegiatan mengeksploitasi kanak-kanak oleh sebuah syarikat (GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)), setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan atau hasil siasatan, namun kita melahirkan kekesalan dengan kejadian yang berlaku. Β Media sebelum ini mendedahkan pertubuhan Al-Arqam walaupun sudah difatwakan haram dan menyeleweng, namun menjadi antara ajaran sesat yang dikesan berevolusi dari sudut penjenamaan dan penampilan. Pertubuhan itu yang diasaskan Ashaari Muhammad pada 1968, dikesan mempunyai rangkaian perniagaan padu sehingga membentuk beberapa syarikat.

Mengulas lanjut mengenai kegiatan mengeksploitasi kanak-kanak yang dikaitkan dengan aktiviti syarikat berkenaan, Dr Faudzinaim berkata, kegiatan terbabit sememangnya wajar dibimbangi. Kanak-kanak ini bergantung kepada orang dewasa dan jika berlaku tindakan eksploitasi maka suatu perkara yang dibimbangi dan ia tidak wajar berlaku.

Sementara itu, Pertubuhan Generasi Aspirasi Pemimpin Wanita Malaysia (GAP.MY) berharap pihak berkuasa negeri dapat mengambil langkah proaktif untuk menyiasat secara menyeluruh dan terperinci terhadap premis yang dikaitkan dengan aktiviti berkenaan. Menurut Presidennya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, pihaknya sedia bekerjasama dengan agensi penguat kuasa terbabit untuk menyekat kegiatan tidak sihat itu. Pihaknya berharap siasatan lebih mendalam dapat dilakukan terhadap operasi syarikat berkenaan atau premis yang digunakan serta tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.

Setiap premis yang terlibat mesti melalui pemeriksaan yang ketat dan rapi untuk memastikan tiada unsur penderaan, eksploitasi atau manipulasi agama. Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menyatakan kerajaan negeri mengesyaki antara tiga dan empat sekolah persendirian aliran agama yang tidak berdaftar termasuk yang dikawal di bawah GISBH berkemungkinan terkait dengan isu eksploitasi kanak-kanak dan remaja. Maklumat itu diperoleh hasil siasatan dijalankan JHEAINS susulan aduan diterima daripada orang ramai dan beberapa pihak berkaitan.

Sumber:Β Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut