OP TARING WAWASAN KELANTAN – TANGKAPAN PENYAMARAN SEBAGAI ANGGOTA POLIS

TUMPAT 10 SEPTEMBER 2024 (SELASA) – BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki yang dikesan menyamar sebagai anggota PGA di kawasan Tumpat, Kelantan.
Bertindak atas laporan dan maklumat yang dibuat oleh beberapa mangsa, lebih kurang jam 11 pagi satu serbuan telah dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA ke atas sebuah rumah di Taman Sri Neting, Tumpat.
Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki yang telah disyaki menyamar sebagai anggota PGA berada di dalam rumah tersebut dan telah ditahan. Anggota BN 9 PGA juta turut merampas sebuah motor jenis Yamaha di rumah sama dan sebuah kereta jenis Perodua di rumah berlainan yang disyaki digunakan oleh suspek.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 15,000.00. Saringan awal ujian air kencing di BSJ Narkotik IPD Tumpat juga mendapati suspek positif dadah jenis Methampetamine dan kes disiasat dibawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyamaran dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA CATAT LONJAKAN PENDAPATAN LUAR BIASA

Banda Hilir – Prestasi kewangan Melaka terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila merekodkan peningkatan pendapatan luar biasa sebanyak 21 peratus. Ketua …

KAJIAN JAMBATAN MELAKA-INDONESIA DIBENTANG KEPADA MPFN – KM

Gadek – Kerangka kajian pembinaan jambatan menghubungkan Melaka dan Indonesia akan dibentangkan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam masa …

LEBIH 19,000 PESAKIT MENTAL DI NEGERI SEMBILAN, SEREMBAN PALING RAMAI

Negeri Sembilan merekodkan sejumlah 19,264 pesakit mental sejak 2021 dengan daerah ini tertinggi membabitkan 11,090 pesakit. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, …