OP TARING WAWASAN KELANTAN – TANGKAPAN DAN RAMPASAN MINYAK PETROL

TUMPAT 10 SEPTEMBER 2024 (SELASA) – BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak petrol yang dikesan di kawasan Kampung Pulau Ular, Tumpat, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA apabila menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki lebih kurang jam 11 pagi semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton mendapati anggaran 60 liter minyak petrol ditemui di dalam kereta dan tangki kereta tersebut yang telah diubah suai. Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup minyak petrol tersebut ke negara Thailand.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 13,123.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke pihak KPDN Kelantan untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …