OP TARING WAWASAN KELANTAN – RAMPASAN BERAS

JERAM PERDAH 11 SEPTEMBER 2024 (RABU) – BN 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan beras yang dikesan di Bechah Semak, Pasir Mas, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 8 PGA pada jam lebih kurang 10 pagi apabila menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Semasa ditahan, suspek bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya di tepi jalan. Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton mendapati anggaran lebih 1000kg beras disyaki diseludup dari Thailand ditemui di dalam kenderaan tersebut.
Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup beras tersebut ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 14,260.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994. Hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …