OP TARING WAWASAN KELANTAN – RAMPASAN MINYAK PETROL

RANTAU PANJANG 10 SEPTEMBER 2024 (SELASA) – BN 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak petrol yang dikesan di kawasan pengkalan haram Miji Kg Kedap, Rantau Panjang, Kelantan.
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 7 PGA apabila pemantauan udara dari unit dron pada jam lebih kurang 1 tengah hari telah menemui beberapa orang lelaki dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Semasa anggota BN 7 PGA tiba di pengkalan haram tersebut, semua suspek disyaki telah melarikan diri menaiki perahu ke Thailand. Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak anggaran lebih 30 liter minyak petrol ditemui di dalam beberapa tong di tebing Sg Golok tersebut.
Minyak petrol ini disyaki untuk diseludup masuk ke negara Thailand. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 307.50 dan kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Taman Bakti Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …