OP TARING WAWASAN KELANTAN – RAMPASAN MINYAK PETROL

PENGKALAN KUBOR 8 SEPTEMBER 2024 (AHAD) – BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak petrol yang dikesan di kawasan Pengkalan Kubor, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA apabila menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton mendapati sebanyak anggaran lebih 400 liter minyak petrol ditemui di dalam kereta dan tangki kereta tersebut yang telah diubah suai. Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup minyak petrol tersebut ke negara Thailand.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 12,871.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …