OP TARING WAWASAN KELANTAN – TANGKAPAN DAN RAMPASAN DADAH LEBIH RM1 JUTA

RANTAU PANJANG 8 SEPTEMBER 2024 (AHAD) – BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah yang dikesan di kawasan Rantau Panjang, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA apabila membuat serbuan ke atas dua buah rumah hasil maklumat berkenaan pengedaran dadah semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak lebih 60 ribu biji Pil Yaba dan 2 Kg dadah jenis Syabu ditemui semasa serbuan tersebut. Suspek seorang lelaki tempatan dan 2 orang lelaki warganegara Thailand ditahan dan saringan ujian air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 1,022,650.00 dan kes disiasat dibawah Sek 39B, Sek. 39A(2), Sek 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Suspek dan hasil rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik IPD Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …