PESARA GURU LESAP LEBIH RM300,000 ANGKARA ‘PHONE SCAM’

KUANTAN: Seorang pesara guru di sini kerugian RM311,810 selepas diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan diterima semalam, wanita berusia 69 tahun menerima panggilan telefon daripada individu mendakwa sebagai pegawai TNB yang memaklumkan tunggakan bil atas nama mangsa pada 18 Ogos lalu.

Katanya, panggilan telefon terbabit kemudian disambungkan kepada suspek yang kononnya pegawai polis.

“Suspek memaklumkan bahawa terdapat waran tangkap terhadap mangsa kerana terbabit dengan pengubahan wang haram.

“Mangsa diarahkan membuat pemindahan semua wang simpanan ke dalam sebuah akaun bank miliknya. Suspek turut mengarahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) berserta nombor pin diletakkan di lokasi yang diberi.

“Pada 28 Ogos lalu, mangsa diarah untuk meletakkan semua barang kemas yang dianggarkan bernilai RM50,000 di dalam peti surat rumahnya sebelum diambil individu tidak dikenali yang menaiki sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti.

“Mangsa mula menyedari ditipu selepas mendapati wang dalam akaun bank miliknya berjumlah RM261,810 dipindahkan kepada akaun bank semalam, melalui mesin ATM tanpa pengetahuannya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Susulan kes itu, Yahaya menasihati orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan sentiasa peka terhadap trend penipuan secara dalam talian terkini kerana modus operandi penjenayah sentiasa berubah dan semakin canggih, terutama dengan perkembangan teknologi,” katanya.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …