KPDN RAMPAS BARANG KAWALAN DISIMPAN SECARA HARAM DI GENTING HIGHLANDS

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang merampas pelbagai barang kawalan dipercayai disimpan secara haram untuk tujuan perdagangan di sebuah premis di Genting Highlands, semalam.

Pengarah KPDN Pahang, Jezlily Jamaluddin berkata antara dirampas dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu ialah 39 tong gas petroleum cecair (LPG), 272 kilogram (kg) minyak masak peket dan 168 kg gula pasir bertapis kasar dengan keseluruhan dianggar bernilai RM2,196.20.

Katanya, serbuan oleh empat anggota KPDN itu dijalankan selepas menerima aduan daripada pengguna berkaitan aktiviti penjualan dan penggunaan LPG tanpa lesen oleh syarikat dipercayai dimiliki warga asing.

“Hasil pemeriksaan mendapati syarikat itu adalah milik warga tempatan dan bukannya warga asing seperti diadukan. Turut dirampas ialah dokumen berkaitan bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jezlily berkata kes disiasat mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan selain daripada premis yang dilesenkan oleh Pengawal Bekalan.

Katanya, KPDN Pahang telah menerima 869 aduan daripada pengguna setakat semalam, dengan 10 peratus daripadanya melibatkan aduan berkaitan Akta Kawalan Bekalan 1961 dan telah menghasilkan dua kes.

“Keseluruhannya lebih 97 peratus aduan diterima telah selesai disiasat. Pihak KPDN mengalu-alukan pengguna untuk menjadi ‘mata dan telinga’ serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan peniaga kepada KPDN,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …