OP TARING WAWASAN KELANTAN – TANGKAPAN DAN RAMPASAN PELBAGAI BARANG ALAT GANTI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI

PENGKALAN KUBOR 6 SEPTEMBER 2024 (JUMAAT) – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis alat ganti motosikal berkuasa tinggi yang dikesan di sekitar kawasan Tumpat, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA apabila menahan sebuah kenderaan yang dalam keadaan mencurigakan di kawasan rondaan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori jenis Isuzu mendapati pelbagai jenis alat ganti motosikal berkuasa tinggi ditemui di dalam lori tersebut tanpa dokumen yang sah. Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup alat ganti tersebut dari Thailand ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 435, 000.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut